Saturday, 27 October 2012
Cerita Daripada Yana Hisham
Nasi Beriani Gam, sedap!
tengok title pun dah terbayang-bayang nasi beriani kan?
memang aku sengaja bagi korang semua terbayang-bayang *buat muka innocent*
nak dijadikan cerita beberapa bulan lepas aku dijemput menghadiri sebuah event anjuran sebuah stesen Radio Online WCFM. nanti aku ceritakan lebih lanut dalam post lain. berbalik semula, semasa event tu sponsor rasmi makanan adalah ditaja oleh Ori Beriani : Nasi Beriani Gam Batu Pahat yang dikendalikan oleh Chef Amin Harun. Beliau baru sahaja beroperasi di Damansara Hawkers Centre selama 3 bulan. Masa event tu aku tak puas makan nasi beriani dia, jadi setelah beberapa bulan aku pun ambil kesempatan menerjah gerai beliau di uptown Damansara lama. Parking memang susah kawasan ni. kalau nak selamat parking lah di tempat yang disediakan baru RM1 je.
Sampai kat sana jumpa pula sekor anak kucing yang comel tengah makan. eh eh lari topik pula. *buat mata boolat boolat macam puss in boot* kemudian aku dengan kawan baik aku tu menuju lah ke gerai memang jalan terus je dari pintu parking lot tu jumpa.. aku pun terus bersalam-salaman dengan chef Amin. sebelum makan sempat lah bergambar dengan dia di gerai. mak aih! bau nasi beriani je perut dah mulalah lapar.
nasi beriani gam sedapppppp
| tauke kedai paling hensem |
Chef Amin pun menyediakan Nasi Beriani Ayam sebab kami dengar dari dia yang tu paling best! so dia bagi extra kat kawan aku tu sebab dia punya 'birthday'. aku dapat banyak juga tapi kurang sikit dari dia. "eh mana aci!". takpelah kan.. memang sedap lah licin pinggan.. yum2
pada sesiapa yang ingin mencuba silalah menjamu selera di Gerai 1028, di Uptown Damansara Hawkers Centre . memang berbaloi untuk dicuba harga pun murah; bagi beriani ayam RM8, beriani daging RM9 dan beriani kambing RM10 sahaja. murah lah berbanding kedai nasi beriani yang lain. cuba jangan tak cuba.
oh ya beliau juga menyediakan perkhidmatan katering jadi kepada sesiapa nak mencuba bayaran ikut harga satu pinggan/ satu kepala juga boleh anda sediakan barangan dan beliau ambil RM2 bagi satu kepala. bergantung kepada terma dan syarat ya kawan-kawan. nak tahu lebih lanjut boleh hubungi beliau sendiri di ditalian 016-7917680 (tak nak ngurat-ngurat ya, untuk tempahan sahaja).
sebelum berpisah layankan sedikit lagi gambar-gambar di bawah ni ye kawan-kawan. lapar pergi kedai tau..tata!
| nasi beriani |
| acar buah |
Im New
Assalamualaikum,,
saya baru di sini..baru nan mencuba nasib di blog,kepada sesiapa yg mengenali saya sila beri tunjuk ajar untuk mengguna blog ini..
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH
Subscribe to:
Posts (Atom)

